November 4, 2009

Kata-kata Hikmah 4

1) Kesederhanaan dan tenang dalam menghadapi sesuatu perkara adalah berasaskan dari moral atau tingkah laku yang sederhana. ~Raudhad Islami~

2) Mata dari tubuh tempatnya di kepala, mata dari jiwa tempatnya di hati, tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit, yang paling sakit ialah apabila jiwa yang dipukul, kerana yang dikatakan manusia ialah jiwanya, sedangkan tubuh hanya tempat persinggahan sementara. ~Shuhada~

3) Mata hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat dengan mata biasa. Kerana penglihatan mata hatilah baru Nabi Ibrahim tidak gentar dibakar, dan Masitah tidak gentar direbus oleh Firaun. ~Shuhada~
4) Orang yang taqwa akan jauh dari dusta dan kata-kata yang keji dari kawan-kawan buruk pekertinya. ~Hukamak~
5) Masing-masing tubuh diberikan satu alat oleh Tuhan, jasmani alatnya nafsu, rohani alatnya akal. Nafsu dan akal sentiasa berperang, tetapi nafsu lebih tua dari akal, kerana itu nafsu lebih banyak pengalamanya dan dengan mudah dia akan dapat mengalahkan akal kecualilah orang-orang yang mempunyai keimanan dalam hatinya. ~Hukamak~
6) Merangkak tetapi sampai, lebih baik dari berlari tetapi putus di tengah jalan. ~Cendekiawan~
7) Manusia yang suka menghina orang lain, pada suatu hari nanti hinaan itu akan kembali pada dirinya sendiri. ~Zahid~

No comments:

Post a Comment