August 21, 2011

Otak

Tahukah Anda??

Ketika anda hidup, otak anda berwarna merah muda dan ketika anda meninggal dunia, otak berubah warna kelabu.

August 19, 2011

Rukun Islam dan ertinya



Rukun Islam ada lima (5) perkara :
= ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepad aAllah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
= 'Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD  itu adalah pesuruhNya" Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhNya.

(2) Sembahyang lima waktu
= Dengan solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun solat yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
= Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.

(4) Menunaikan zakat
= Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.

(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
= Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.