February 17, 2010

Hadis : TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.”

(Riwayat Ibu Majah dan Abu Ya’La)

February 16, 2010

Hadis : FAEDAH MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Zaid dan Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

February 15, 2010

Hadis : Kewajipan menyampaikan ilmu

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “sampaikanlah daripada ku walaupun satu ‘ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.”

(Riwayat al-Bukhari)

February 14, 2010

Hadis : Balasan Mengkhianati Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersadba : "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

February 13, 2010

Hadis : Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau': melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)