1) BATERI
· Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
· Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
· Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
· Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
· Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) PAPA KEKUNCI
· Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papa kekunci dimasuki habuk.
· Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
· Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) SKRIN LCD
· Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
· Gunakan screen saver.
· Power management setkan pada ‘Turn Off Monitor in …..minutes’
· Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
· Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
4) HABA PANAS
· Pastikan Komputer riba anda mempunyai ruang mengeluarkan haba panas.
· Perlu diingat computer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) SURGE PROTECTOR
· Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
· Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman computer riba.
· Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
6) PORT
· Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
· Gunakan berus atau berus gigi lama.
· Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
No comments:
Post a Comment