November 3, 2009

Kata-kata Hikmah 3

1) Jangan putus asa kerana tiap-tiap penyakit ada ubatnya, kesusahan ada tepinya dan rezeki ada lombongnya. ~Abul Islami~

2) Cinta itu seperti emas, memberi bererti menerima. Orang yang melupakan dirinya kerana cinta akan memperoleh dirinya sendiri. ~Hukamak~

3) Keimanan itu membuatkan manusia bersih hatinya, jinak jiwanya, lemah lembut bicaranya, hidup dengan kesabaran, pemaaf dan baik sangka terhadap orang lain. ~Fuqahak~

4) Kita tidak perlu menyesal kalau orang lain tidak mengetahui pengetahuan kita, kita harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain. ~Hukamak~

5) Kalau hendak mengurus diri sendiri, anda harus mempunyai ketetapan hati. Kalo anda dapat menghukum diri sendiri, maka akan lepaslah anda dari hukuman orang lain. ~Fuqahak~

6) Kalau orang telah berusaha tetapi maksudnya tidak tercapai bukanlah suatu kehinaan, kehinaan itu terletak pada orang yang tidak berusaha langsung. ~Cendekiawan~

7) Kekuatan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran, kerana kebenaranlah yang akan dapat mengalahkan kekuatan. ~Syuhada~

No comments:

Post a Comment