Showing posts with label INFO MINDA / TAHUKAH ANDA. Show all posts
Showing posts with label INFO MINDA / TAHUKAH ANDA. Show all posts

August 21, 2011

Otak

Tahukah Anda??

Ketika anda hidup, otak anda berwarna merah muda dan ketika anda meninggal dunia, otak berubah warna kelabu.

May 26, 2010

INFO MINDA 14

1. Air Terjun Angel di Venezuela adalah paling tinggi di dunia berukuran 479 meter. Air terjun itu sukar untuk dijejaki dan hanya ditemui pada awal 1930-an.

2. Pada 1741 penjelajah dari Perancis, jean Godin mengembara dari hutan hujan Amazon ke Peru, meninggalkan isterinya, Isabela yang mengandung. Bagaimanapun Jean terperangkap dalam hutan itu dan mereka hanya bertemu kembali selepas 20 tahun. Isabela yang bosan menunggu suaminya menjelajah sendiri mencari suaminya.

3. MONA Lisa adalah lukisan paling masyhur di dunia. Ia dilukis Leonardo da Vinci pada 1506. Bagaimanapun ia menimbulkan misteri yang masih gagal dirungkai. Siapa wanita itu dan mengapa ia mempunyai senyuman yang pelik?

4. PABLO Picasso satu-satunya artis yang mempunyai kereta menggunakan namanya, Citroen Picasson.

5. Negara CHINA mempunyai 200 bahasa yang dituturkan rakyatnya. Namun, MANDARIN adalah bahasa rasmi, antara bahasa popular di dunia.

*************************************************************

January 3, 2010

INFO MINDA 13

1) Pasukan POLIS pertama di dunia ditubuhkan pada 1667 di Paris.

2) BELON UDARA panas yang pertama di cipta di Perancis pada 1783.

3) Ketebalan SALJI paling besar pernah dicatatkan ialah di utara Srinagar, India berukuran 102 kaki.

4) LESUNG PIPIT terbentuk disebabkan kawasan antara kulit dan otot pipi yang bersambung.

5) IBU JARI manusia sama panjang dengan hidung.


*************************************************************

December 8, 2009

INFO MINDA 12

1) Berat BAU ialah kira-kira 760 nanograms.

2) LANDAK dewasa mempunyai kira-kira 30,000 duri di badannya yang tumbuh berganti setiap tahun.

3) SEL kulit manusia akan mati sebanayk 50 juta sehari, dalam tempoh empat tahun beratnya adalah sama dengan berat badan seorang individu.

4) LAUTAN akan menjadi gelap pada kedalaman 600 meter dari aras permukaan. Sebab itu tidak hairan ada haiwan mempunyai badan bercahaya untuk menarik mangsa atau pasangannya.

5) BULUH adalah sejenis rumput dan boleh memanjang hingga satu meter sehari.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

December 5, 2009

INFO MINDA 11

1) VESPA adalah antara motosikal klasik paling tua di dunia dan berada di pasaran sekitar 1940-an.

2) GAJAH mempunyai dera hidu yang hebat dan boleh mengesan kehadiran air yang terletak lima kilometer daripadanya.

3) HELANG memang burung istimewa dan hebat kerana haiwan itu mampu membawa seekor anak rusa terbang sebelum memakannya.

4) LEBAH adalah haiwan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Seekor ratu lebah mampu bertelur hingga 1,500 telur sehari.

5) MANUSIA memakai kaca mata sejak 700 tahun dulu.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

November 16, 2009

INFO MINDA 10

1) MASJID AL-RASHID adalah rumah ALLAH pertama dibina di Kanada pada 1938 yang terletak di Edmonton, Alberta itu dipindah ke tapak baru di Fort Edmonton Park pada 1946 sebelum dibina semula.

2) KUDA KAYU terbesar di dunia dicatatkan di selatan Perancis yang berukuran tiga meter tinggi dan seberat 280 kilogram.

3) PENYU salah satu kumpulan reptilia tertua dan paling primitif memiliki cengkerang terdiri daripada 60 tulang berbeza yang dihubungkan antara satu sama lain.

4) AIR TERJUN Niagara mengalirkan air kira-kira 2.8 billion liter sesaat di kedua-dua tebingnya.

5) KAD UNDANGAN perkahwinan paling besar di dunia dicatatkan di INdia oleh pasangan Choudhry dengan saiz akhbar dan diedarkan kepada 10,000 jemputan.

November 15, 2009

INFO MINDA 9

1) SARANG labah-labah pernah digunakan untuk merawat masalah ketuat pada zaman pertengahan.


2) Spesies ULAR SAWA boleh membesar sehingga 8.2 meter panjang dengan berat 183 kilogram. Ular sawa betina lebih besar daripada jantan.


3) ATLIT LOMPAT GALAH dari Russian, Yelena Isinbaeva,26, dianggap wanita luar biasa kerana terus memegang rekod dunia dalam acara itu dengan ketinggial lebih lima meter tanpa ditandingi sesiapa.

4) David Breashears dari Massachusetts, Amerika Syarikat menjadi PENDAKI PERTAMA sampai ke puncak gunung Everest pada ketinggial 9,676 meter dengan membawa peralatan untuk penggambaran paling bera.

5) PERENANG dari Itali, Federica Pellegrini memegang rekod dunia dalam acara bebas 200 meter dengan kepantasan 1 minit 54.47 saat pada 9 mac 2009

November 14, 2009

INFO MINDA 8

1) Dalam suhu 40 darjah selsius, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan BERNAFAS.

2) IKAN KELI jenis Afrika adalah antara ikan air tawar terbesar kerana ia dikatakan boleh membesar sehingga 2.5 meter panjang.

3) Seorang penjual ubat herba dari Pontian, Johor, Ho Eng Hui, 55 mempunyai kebolehan luar biasa dan mencatat nama dalam Malaysia Book of Records apabila menggunakan jari telunjuk untuk menebuk tiga kelapa dalam tempoh 70 saat pada tahun 2001.

4) Pemburuan haram menyebabkan populasi HARIMAU Siberia yang hidup secara liar kurang daripada 500 ekor.

5)ANJING adalah haiwan yang mempunyai tahap pendengaran 100 kali lebih kuat daripada manusia.

November 13, 2009

INFO MINDA 7

1) Kepulauan FALKLAND mempunyai 2,000 penduduk tetapi kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbah seorang penduduk 350 kambing.

2) Di permukaan permainan SCRABBLE, terdapat 225 tempat kosong.

3) Secara purata, setiap wanita menggunakan enam paun GINCU sepanjang hayatnya.

4) Seekar hutan boleh menyerap enam tan karbon dioksida dan mengeluarkan empat tan oksigen. Ini mencukupi bagi memenuhi keperluan 18 orang selama setahun.

5) RAMA-RAMA memanaskan badannya sehingga 81 darjah Fahrenheit terlebih dulu sebelum ia terbang.

November 12, 2009

INFO MINDA 6

1) Apabila BIJI KOPI yang dipanggang mula menyejuk, biji kopi berkenaan akan membebaskan 700 BAHAN KIMIA yang menghasilkan aroma yang menyegarkan.

2) Ketika Zaman Dinosaur, tidak ada rumput, justeru haiwan terpaksa makan apa sahaja termasuk daun dan binatang lain.

3) Angle Falls di Venezuela adalah AIR TERJUN tertinggi di dunia pada ketinggian 1,070 meter.

4) AIR satu-satunya bahan yang wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair, pepejal dan wap.

5) IGUANA sejenis biawak boleh bernafas dalam air selama 28 minit.

November 11, 2009

INFO MINDA 5

1) Percaya atau tidak, anda dilahirkan dengan 300 TULANG, tetapi apabila dewasa, anda hanya mempunyai 206 tulang.

2)Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 16 Disember 1811 menyebabkan SUNGAI MISSISSIPPI mengalir ke belakang.

3) BIAWAK KOMODO yang hidup di Pulau Komodo, Indonesia adalah spesies cicak terbesar di dunia.

4) Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada manusia, secara purata setiap seorang akan mendapat 100 kaki persegi.

5) Jika anda mendengar KURA-KURA mengeluarkan bunyi garau, ia adalah haiwan jantan.

November 10, 2009

INFO MINDA 4

1) Lebih 50 METEOR kecil jatuh ke bumi setiap tahun tetapi kebiasaannya ia jatuh ke laut atau kawasan yang tiada penduduk.

2) PERUT memerlukan sejam untuk menghadam susu lembu.

3) Vatican City adalah NEGARA TERKECIL di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 27 hektar.

4) KANGGARU boleh melompat lebih 12 meter dalam satu lompatan dan bergerak dengan kelajuan 48 kilometer sejam.

5) Percaya atau tidak, seekor ikan GOLDEN FLOWER MONKEY yang dipamerkan di Ipoh bernilai RM88,888.

November 9, 2009

INFO MINDA 3

1) RIBUT akan bertukar menjadi taufan apabila kelajuan angin mencecah 119 kilometer sejam.

2) Bukan manusia sahaja mengambil PERACANG KELUARGA tetapi monyet di bandar Lopburi, utara Bangkok juga diberi program yang sama bagi mengawal populasi haiwan itu yang kian meningkat.

3) Jika seseorang mempunyai perasaan OBSES untuk menggigit dan mengunyah ais, dia dikategorikan sebagai PAGOFAGIA.

4) Cuba bayangkan kelajuan CAHAYA dari komputer yang digunakan yang bergerak pada kelajuan 186,000 batu sejam.

5) Kebanyakan RAMA-RAMA dan beberapa jenis serangga lain boleh melihat ultra ungui iaitu warna yang tidak mampu dilihat mata manusia.

November 8, 2009

INFO MINDA 2

1) Jangka hayat orang JEPUN adalah antara yang tertinggi di dunia. Secara purata, orang Jepun hidup empat tahun lebih lama daripada rakyat Amerika Syarikat.

2) Apabila seseorang itu DAHAGA, ia menunjukkan dia mengalami pengurangan air sebanyak satu peratus (1%) dari tubuhnya.

3) Tempat yang PALING DALAM di lautan ialah di Mariana Trench di Guam yang terletak di lautan Pasifik iaitu 10.9 kilometer.

4) Georgium Sidium menemui PLANET URANUS dengan menggunakan teleskop brebalik yang diciptanya sendiri pada 1781.

5) RIBUT akan bertukar menjadi taufan apabila kelajuan angin mencecah 119 kilometer sejam.


************************************************************************************

November 6, 2009

INFO MINDA 1

1) Bagi kebanyakan orang KALA JENGKING adalah spesies berbisa, tetapi di kebanyakan restoran Cina di Bangkok, ia digunakan sebagai hidangan untuk kesihatan.

2) Pulau BATU HAIRAN di Kudat, Sabah timbul sendiri pada 14 April 1988, ia berukuran 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi.

3) Pada zaman ROM PURBA, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.

4) MONYET berhidung panjang memang jarang dapat dilihat dan hanya hidup di hutan Borneo.

5) JAKARTA pernah dikenali dengan pelbagai nama termasuk SUNDA KELAPA (397 - 1527), JAYAKARTA (1527 - 1619), BATAVIA (1619 - 1942) dan DJAKARTA (1942 - 1972)



************************************************************************************