November 7, 2009

TERCEKIK CHOKING

Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut. If a person is choking, he will point at his throat while trying to speak. The Heimlich Manoeuvre can be used to help the victim.

Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)
The Heimlich Manoeuvre technique for a Conscious Victim (for children aged 1 year and above and adults)

· Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu. Stand behind the victim and tell him you are trying to help.

· Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya. Wrap both your arms around his stomach.

· Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati). Clench your fist, clasp your other hand around the fist and place your hands halfway between the breastbone and navel.

· Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar. Thrust your hands inwards and upwards several times until the object is expelled.

…(jika berseorangan)

· Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu. If you are choking and alone, do something that can attract the attention of other people such as knocking, throwing something or anything that may be of help.

· Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda. Find the rounded back of a chair and place it halfway between your breastbone and navel.

· Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar. Press down your stomach firmly until the object is expelled.

Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu. For a pregnant victim, apply pressure on the middle of her chest. Seek further treatment if necessary.

Jika mangsa Pengsan If the victim Faints

· Baringkan dan terlentangkan mangsa. Lay the victim on the ground.

· Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. Get help and call the ambulance.

· Buka mulut mangsa,periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada. Open the victim’s mouth, check for foreign object and remove it with your finger if any.

· Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan. Open his airway (head tilt and chin lift technique) and check his breathing.

· Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa. If none, give mouth-to-mouth resuscitation and repeat regularly if no response from the victim.

· Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR). If there is still no chest movement, press down on the chest 15 times (position of the hands is similar as for CPR).

· Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba. Repeat the above sequence until the victim recovers or help arrives.

apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang. When opening the airway of a victim with a suspected spinal injury, the head tilt chin lift technique should NOT BE USED, instead USE the jaw thrust technique.

Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini. You are advised to learn the Heimlich Manoeuvre properly. Contact the Civil Defence Department for futher information about this programme.

No comments:

Post a Comment