BLOG ini memaparkan INFO, ILMU, PENGETAHUAN AM, TEKA TEKI, TIPS, PETUA, PANDUAN atau apa sahaja yang baik dan bermanfaat yang boleh dikongsi bersama dengan PEMBACA, dan moga ada yang sudi memberi sumbangan artikel yang baik untuk dikongsi bersama PEMBACA lain. terima kasih.
November 30, 2009
Ungkapan Emas
2) Orang marah membuka matanya tetapi menutup fikirannya.
3) Jika anda tidak suka gelakkan diri sendiri jadi jangan gelakkan orang lain.
4) Seseorang yang tidak pernah melakukan kesilapan merupakan individu yang tidak mencuba sesuatu yang baru.
5) Gilakan penghormatan itu terlarang, tetapi menjadi orang terhormat perlu dijadikan tujuan.
6) Malapetaka memberi kesempatan untuk membuat kebajikan.
************************************************************************************
November 27, 2009
TIP PENJIMATAN MINYAK (edisi 4)
16) Kurangkan perjalanan jarak dekat.
17) Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
18) Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
19) Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebenanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
20) Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.
November 25, 2009
TIP PENJIMATAN MINYAK (edisi 3)
11) Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali).
12) Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
13) matikan Enjin ketika sedang menunggu.
14) Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
15) Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
sambungan....
November 23, 2009
TIP PENJIMATAN MINYAK (edisi 2)
6) Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
7) Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
8) Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. semakin baju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
9) jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
10) Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
sambungan....
November 21, 2009
TIP PENJIMATAN MINYAK (edisi 1)
2) Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
3) Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
4) Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
5) Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
bersambung lagi
November 20, 2009
Kunci Kejayaan
a) simpan 1/10 untuk dilupakan
b) simpan 1/10 untuk melunaskan hutang
c) simpan 1/10 untuk agama (zakat) dan sedekah
d) GUNAkan 2/10 untuk keluarga
e) GUNAkan 1/10 untuk diri sendiri
f) berikan 1/10 kepada orang tua (ibu bapa)
g) Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
h) Laburkan 1/10 untuk perniagaan sedia ada
November 17, 2009
TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
· Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
· Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
· Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
· Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
· Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) PAPA KEKUNCI
· Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papa kekunci dimasuki habuk.
· Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
· Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) SKRIN LCD
· Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
· Gunakan screen saver.
· Power management setkan pada ‘Turn Off Monitor in …..minutes’
· Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
· Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
4) HABA PANAS
· Pastikan Komputer riba anda mempunyai ruang mengeluarkan haba panas.
· Perlu diingat computer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) SURGE PROTECTOR
· Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
· Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman computer riba.
· Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
6) PORT
· Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
· Gunakan berus atau berus gigi lama.
· Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
November 16, 2009
Khasiat TOMATO
Penyelidik-penyelidik Universiti Reading, 62 kilometer dari London menunjukkan tomato kaya dengan sebatian lycopene dan sesuai untuk menguruskan badan.
Kajian itu dilakukan terhadap sejumlah sukarelawan wanita yang diberi sandwich mengandungi keju krim atau roti diperkaya lobak atau tomato untuk merekodkan tahap kekenyangan mereka.
Penyelidik mendapati tomato menyebabkan sukarelawan itu yang berumur di antara 18 tahun hingga 35 tahun berasa kenyang.
“ini merupakan satu kajian kecil dan kita belum pasti apakah ramuan tomato namun keputusan kajian itu amat bermakna”, kata ketua projek dan pakar nutrisi, Dr. Julia Lovegrove.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INFO MINDA 10
2) KUDA KAYU terbesar di dunia dicatatkan di selatan Perancis yang berukuran tiga meter tinggi dan seberat 280 kilogram.
3) PENYU salah satu kumpulan reptilia tertua dan paling primitif memiliki cengkerang terdiri daripada 60 tulang berbeza yang dihubungkan antara satu sama lain.
4) AIR TERJUN Niagara mengalirkan air kira-kira 2.8 billion liter sesaat di kedua-dua tebingnya.
5) KAD UNDANGAN perkahwinan paling besar di dunia dicatatkan di INdia oleh pasangan Choudhry dengan saiz akhbar dan diedarkan kepada 10,000 jemputan.
November 15, 2009
INFO MINDA 9
2) Spesies ULAR SAWA boleh membesar sehingga 8.2 meter panjang dengan berat 183 kilogram. Ular sawa betina lebih besar daripada jantan.
3) ATLIT LOMPAT GALAH dari Russian, Yelena Isinbaeva,26, dianggap wanita luar biasa kerana terus memegang rekod dunia dalam acara itu dengan ketinggial lebih lima meter tanpa ditandingi sesiapa.
4) David Breashears dari Massachusetts, Amerika Syarikat menjadi PENDAKI PERTAMA sampai ke puncak gunung Everest pada ketinggial 9,676 meter dengan membawa peralatan untuk penggambaran paling bera.
5) PERENANG dari Itali, Federica Pellegrini memegang rekod dunia dalam acara bebas 200 meter dengan kepantasan 1 minit 54.47 saat pada 9 mac 2009
November 14, 2009
INFO MINDA 8
2) IKAN KELI jenis Afrika adalah antara ikan air tawar terbesar kerana ia dikatakan boleh membesar sehingga 2.5 meter panjang.
3) Seorang penjual ubat herba dari Pontian, Johor, Ho Eng Hui, 55 mempunyai kebolehan luar biasa dan mencatat nama dalam Malaysia Book of Records apabila menggunakan jari telunjuk untuk menebuk tiga kelapa dalam tempoh 70 saat pada tahun 2001.
4) Pemburuan haram menyebabkan populasi HARIMAU Siberia yang hidup secara liar kurang daripada 500 ekor.
5)ANJING adalah haiwan yang mempunyai tahap pendengaran 100 kali lebih kuat daripada manusia.
November 13, 2009
INFO MINDA 7
2) Di permukaan permainan SCRABBLE, terdapat 225 tempat kosong.
3) Secara purata, setiap wanita menggunakan enam paun GINCU sepanjang hayatnya.
4) Seekar hutan boleh menyerap enam tan karbon dioksida dan mengeluarkan empat tan oksigen. Ini mencukupi bagi memenuhi keperluan 18 orang selama setahun.
5) RAMA-RAMA memanaskan badannya sehingga 81 darjah Fahrenheit terlebih dulu sebelum ia terbang.
November 12, 2009
INFO MINDA 6
2) Ketika Zaman Dinosaur, tidak ada rumput, justeru haiwan terpaksa makan apa sahaja termasuk daun dan binatang lain.
3) Angle Falls di Venezuela adalah AIR TERJUN tertinggi di dunia pada ketinggian 1,070 meter.
4) AIR satu-satunya bahan yang wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair, pepejal dan wap.
5) IGUANA sejenis biawak boleh bernafas dalam air selama 28 minit.
November 11, 2009
INFO MINDA 5
2)Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 16 Disember 1811 menyebabkan SUNGAI MISSISSIPPI mengalir ke belakang.
3) BIAWAK KOMODO yang hidup di Pulau Komodo, Indonesia adalah spesies cicak terbesar di dunia.
4) Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada manusia, secara purata setiap seorang akan mendapat 100 kaki persegi.
5) Jika anda mendengar KURA-KURA mengeluarkan bunyi garau, ia adalah haiwan jantan.
November 10, 2009
INFO MINDA 4
2) PERUT memerlukan sejam untuk menghadam susu lembu.
3) Vatican City adalah NEGARA TERKECIL di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 27 hektar.
4) KANGGARU boleh melompat lebih 12 meter dalam satu lompatan dan bergerak dengan kelajuan 48 kilometer sejam.
5) Percaya atau tidak, seekor ikan GOLDEN FLOWER MONKEY yang dipamerkan di Ipoh bernilai RM88,888.
November 9, 2009
INFO MINDA 3
2) Bukan manusia sahaja mengambil PERACANG KELUARGA tetapi monyet di bandar Lopburi, utara Bangkok juga diberi program yang sama bagi mengawal populasi haiwan itu yang kian meningkat.
3) Jika seseorang mempunyai perasaan OBSES untuk menggigit dan mengunyah ais, dia dikategorikan sebagai PAGOFAGIA.
4) Cuba bayangkan kelajuan CAHAYA dari komputer yang digunakan yang bergerak pada kelajuan 186,000 batu sejam.
5) Kebanyakan RAMA-RAMA dan beberapa jenis serangga lain boleh melihat ultra ungui iaitu warna yang tidak mampu dilihat mata manusia.
November 8, 2009
INFO MINDA 2
2) Apabila seseorang itu DAHAGA, ia menunjukkan dia mengalami pengurangan air sebanyak satu peratus (1%) dari tubuhnya.
3) Tempat yang PALING DALAM di lautan ialah di Mariana Trench di Guam yang terletak di lautan Pasifik iaitu 10.9 kilometer.
4) Georgium Sidium menemui PLANET URANUS dengan menggunakan teleskop brebalik yang diciptanya sendiri pada 1781.
5) RIBUT akan bertukar menjadi taufan apabila kelajuan angin mencecah 119 kilometer sejam.
************************************************************************************
November 7, 2009
TERCEKIK CHOKING
Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)
The Heimlich Manoeuvre technique for a Conscious Victim (for children aged 1 year and above and adults)
· Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu. Stand behind the victim and tell him you are trying to help.
· Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya. Wrap both your arms around his stomach.
· Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati). Clench your fist, clasp your other hand around the fist and place your hands halfway between the breastbone and navel.
· Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar. Thrust your hands inwards and upwards several times until the object is expelled.
…(jika berseorangan)
· Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu. If you are choking and alone, do something that can attract the attention of other people such as knocking, throwing something or anything that may be of help.
· Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda. Find the rounded back of a chair and place it halfway between your breastbone and navel.
· Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar. Press down your stomach firmly until the object is expelled.
Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu. For a pregnant victim, apply pressure on the middle of her chest. Seek further treatment if necessary.
Jika mangsa Pengsan If the victim Faints
· Baringkan dan terlentangkan mangsa. Lay the victim on the ground.
· Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans. Get help and call the ambulance.
· Buka mulut mangsa,periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada. Open the victim’s mouth, check for foreign object and remove it with your finger if any.
· Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan. Open his airway (head tilt and chin lift technique) and check his breathing.
· Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa. If none, give mouth-to-mouth resuscitation and repeat regularly if no response from the victim.
· Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR). If there is still no chest movement, press down on the chest 15 times (position of the hands is similar as for CPR).
· Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba. Repeat the above sequence until the victim recovers or help arrives.
apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang. When opening the airway of a victim with a suspected spinal injury, the head tilt chin lift technique should NOT BE USED, instead USE the jaw thrust technique.
Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini. You are advised to learn the Heimlich Manoeuvre properly. Contact the Civil Defence Department for futher information about this programme.
November 6, 2009
INFO MINDA 1
2) Pulau BATU HAIRAN di Kudat, Sabah timbul sendiri pada 14 April 1988, ia berukuran 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi.
3) Pada zaman ROM PURBA, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.
4) MONYET berhidung panjang memang jarang dapat dilihat dan hanya hidup di hutan Borneo.
5) JAKARTA pernah dikenali dengan pelbagai nama termasuk SUNDA KELAPA (397 - 1527), JAYAKARTA (1527 - 1619), BATAVIA (1619 - 1942) dan DJAKARTA (1942 - 1972)
************************************************************************************
PENGSAN FAINTING
• Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya. Lay the victim down and raise his legs by putting pillows, books, etc under his feet.
• Longgarkan pakaian yang ketat. Loosen any tight clothing.• Pastikan udara bersih mencukupi. Ensure there is enough fresh air.• Periksa lain-lain kecederaan jika ada. Check for other injuries if any.
• Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih. Wait untul the victim is conscious and recovers.
November 5, 2009
Kecederaan Tulang (Patah) Bone Injuries (Broken)
· Jangan gerakkan bahagian yang patah. Do not move the injured part.
· Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada. Treat and stop wound bleeding if any.
· Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar. Do not apply pressure on the wound if the bone protrudes through the skin.
· Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah. Make a splint by strapping a piece of wood, thick paper, newspaper, etc above and below the broken bone or joint.
· Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera. If not splint is available, secure the injured part to an uninjured part of the body.
· Dapatkan rawatan lanjut. Seek further treatment.
November 4, 2009
Kata-kata Hikmah 4
2) Mata dari tubuh tempatnya di kepala, mata dari jiwa tempatnya di hati, tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit, yang paling sakit ialah apabila jiwa yang dipukul, kerana yang dikatakan manusia ialah jiwanya, sedangkan tubuh hanya tempat persinggahan sementara. ~Shuhada~
November 3, 2009
Kata-kata Hikmah 3
2) Cinta itu seperti emas, memberi bererti menerima. Orang yang melupakan dirinya kerana cinta akan memperoleh dirinya sendiri. ~Hukamak~
3) Keimanan itu membuatkan manusia bersih hatinya, jinak jiwanya, lemah lembut bicaranya, hidup dengan kesabaran, pemaaf dan baik sangka terhadap orang lain. ~Fuqahak~
4) Kita tidak perlu menyesal kalau orang lain tidak mengetahui pengetahuan kita, kita harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain. ~Hukamak~
5) Kalau hendak mengurus diri sendiri, anda harus mempunyai ketetapan hati. Kalo anda dapat menghukum diri sendiri, maka akan lepaslah anda dari hukuman orang lain. ~Fuqahak~
6) Kalau orang telah berusaha tetapi maksudnya tidak tercapai bukanlah suatu kehinaan, kehinaan itu terletak pada orang yang tidak berusaha langsung. ~Cendekiawan~
7) Kekuatan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran, kerana kebenaranlah yang akan dapat mengalahkan kekuatan. ~Syuhada~
Luka dan Berdarah (Wound and Bleeding)
- Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih. Pour some water on the wound and dry it with a clean cloth.
- Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik. Clean the area around the wound with a cotton swab or clean cloth that is soaked in a mixture of water and soap or antiseptic.
- Balut dengan kain bersih atau pembalut. Cover the wound with a clean cloth or plaster.
Mengawal Pendarahan Controlling the Bleeding
- Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan. Stop the bleeding by placing a clean cloth on the wound and applying pressure with your fingers or hand.
- Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih. When the bleeding stops, cover the wound with a clean cloth.
- Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut. If a foreign object such as a nail, glass of knife is still embedded in the wound, do not apply pressure. Cover the area around the object with a clean cloth and seek futher treatment.
- Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan. If an arm or leg is injured, elevate it above the level of the heart to reduce pressure.
- Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut. If the wound is deep and bleeding profusely, seek further treatment.
Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan. Do not use the Tourniquet technique because it may cause more harm than good.
November 1, 2009
Kata-kata Hikmah 2
2) Kamu tidak akan dapat menguasai atau mempengaruhi kebanyakan orang dengan harta kekayaanmu, tetapi kamu boleh mempengaruhi mereka dengan bermuka manis dan berbudi bahasa yang baik. ~Hadith~
3) Katakanlah yang benar itu walaupun pahit dikatakan. ~Hadith~
4) Jangan hendaknya perasaan cintamu menyebabkan dirimu menjadi sengsara, dan kebencianmu membuat kamu menjadi marah membabi buta. ~Anwar Jundi~
5) Bekerja itu adalah perbuatan yang amat baik supaya manusia itu cinta akan hidupnya. Bekerja itu pahit akarnya, tetapi manis buahnya. ~Hukamak~
6) Janganlah terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman, kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang, dan janganlah tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu kadangkal dalam manisa. ~Hukamak~
7) Jangan takut untuk mencapai kebenaran, kerana tidak ada badai yang berumur seribu tahun. Kebenaran adalah senjata yang paling tajam. Kebenaran tidak dapat digoyang oleh gempa dan tidak dapat tenggelam oleh banjir. ~Cendekiawan~
Kata-kata Hikmah 1
2) Tundukkan pandangan anda dan janganlah begitu mudah dilepaskan, sebab pandangan itu seperti panah yang berbisa. ~ Abdul Islami ~
3) Janganlah anda membiasakan diri anda berhutang, kalau terpaksa juga untuk berhutang, maka berniatlah untuk segera membayarnya. ~ Hukamak~
4) Bahawasanya Allah itu Maha Indah dan suka kepada keindahan. ~Hadith~
5) Barangsiapa yang menunjukkan orang lain supaya berbuat kebaikan, maka orang itu beroleh pahala sama seperti pahala orang yang mengerjakan kebaikan itu. ~Hadith~
6) Barangsiapa yang berpisah nyawanya dengan tubuhnya dan dia terlepas dari tiga perkara, iaitu sombong, hutang dan iri hati nescaya ia masuk syurga. ~Hadith~
7) Setengah dari tanda kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dengan meninggalkan pekerjaan yang sia-sia.~Hadith~
suram...
-
Tahukah Anda?? Ketika anda hidup, otak anda berwarna merah muda dan ketika anda meninggal dunia, otak berubah warna kelabu.
-
1. Air Terjun Angel di Venezuela adalah paling tinggi di dunia berukuran 479 meter. Air terjun itu sukar untuk dijejaki dan hanya dite...
-
Rukun Islam ada lima (5) perkara : = ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepad aAllah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita d...