February 13, 2010

Hadis : Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau': melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment