Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
BLOG ini memaparkan INFO, ILMU, PENGETAHUAN AM, TEKA TEKI, TIPS, PETUA, PANDUAN atau apa sahaja yang baik dan bermanfaat yang boleh dikongsi bersama dengan PEMBACA, dan moga ada yang sudi memberi sumbangan artikel yang baik untuk dikongsi bersama PEMBACA lain. terima kasih.
January 8, 2010
January 3, 2010
INFO MINDA 13
1) Pasukan POLIS pertama di dunia ditubuhkan pada 1667 di Paris.
2) BELON UDARA panas yang pertama di cipta di Perancis pada 1783.
3) Ketebalan SALJI paling besar pernah dicatatkan ialah di utara Srinagar, India berukuran 102 kaki.
4) LESUNG PIPIT terbentuk disebabkan kawasan antara kulit dan otot pipi yang bersambung.
5) IBU JARI manusia sama panjang dengan hidung.
*************************************************************

December 24, 2009
Manjakan diri di spa
Fakta spa :
* perkataan 'spa' adalah singkatan daripada perkataan 'solus per aqua' daripada bahasa Latin bererti penyembuhan dengan air yang diperkenalkan sejak 400 SM di Rom.
* Pada zaman itu, pancutan air panas semula jadi digunakan oleh tentera untuk merehatkan dan merawat badan selepas perang.
Memperuntukkan ruang masa dan sedikit wang untuk mengunjungi pusat rawatan spa sememangnya berbaloi. Di sini anda bukan sahaja dapat berehat sambil menenangkan fikiran tetapi segala ketegangan dapat dikurangkan.
Memanjakan diri di spa bukan sesuatu yang asing sebaliknya menjadikan sebahagian daripada gaya hidup terutama buat wanita berkerjaya.
Jika anda memilih untuk melakukan rawatan badan kebiasaannya ia akan bermula dengan melakukan mandi wap atau juga dikenali sebagai sauna. Perpeluhan semasa sauna dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan ia sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Lulur juga menjadi pilihan buat mereka yang berkunjung ke spa. Lulur akan membantu membuang kotoran, daki dan sel kulit mati pada badan dan ia bukan saja membersihkan badan tetapi juga dapat melembutkan kulit.
Mengurut bukan saja dapat membuang angin dalam badan tetapi membetulkan urat dan sekali gus melancarkan perjalanan darah dan menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.
Untuk menyegarkan badan, pelbagai pilihan mandian disediakan antaranya susu, bunga dan rempah. Pastinya wajah anda lebih ceria dan segar selepas berendam dalam tab mandian dalam tempoh tertentu.
*****************************************************************

December 8, 2009
INFO MINDA 12
1) Berat BAU ialah kira-kira 760 nanograms.
2) LANDAK dewasa mempunyai kira-kira 30,000 duri di badannya yang tumbuh berganti setiap tahun.
3) SEL kulit manusia akan mati sebanayk 50 juta sehari, dalam tempoh empat tahun beratnya adalah sama dengan berat badan seorang individu.
4) LAUTAN akan menjadi gelap pada kedalaman 600 meter dari aras permukaan. Sebab itu tidak hairan ada haiwan mempunyai badan bercahaya untuk menarik mangsa atau pasangannya.
5) BULUH adalah sejenis rumput dan boleh memanjang hingga satu meter sehari.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

December 5, 2009
INFO MINDA 11
1) VESPA adalah antara motosikal klasik paling tua di dunia dan berada di pasaran sekitar 1940-an.
2) GAJAH mempunyai dera hidu yang hebat dan boleh mengesan kehadiran air yang terletak lima kilometer daripadanya.
3) HELANG memang burung istimewa dan hebat kerana haiwan itu mampu membawa seekor anak rusa terbang sebelum memakannya.
4) LEBAH adalah haiwan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Seekor ratu lebah mampu bertelur hingga 1,500 telur sehari.
5) MANUSIA memakai kaca mata sejak 700 tahun dulu.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

November 30, 2009
Ungkapan Emas
1) Takutlah Tuhan dan musuh-musuh kamu akan menakutimu.
2) Orang marah membuka matanya tetapi menutup fikirannya.
3) Jika anda tidak suka gelakkan diri sendiri jadi jangan gelakkan orang lain.
4) Seseorang yang tidak pernah melakukan kesilapan merupakan individu yang tidak mencuba sesuatu yang baru.
5) Gilakan penghormatan itu terlarang, tetapi menjadi orang terhormat perlu dijadikan tujuan.
6) Malapetaka memberi kesempatan untuk membuat kebajikan.
************************************************************************************

November 27, 2009
TIP PENJIMATAN MINYAK (edisi 4)
sambungan...
16) Kurangkan perjalanan jarak dekat.
17) Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
18) Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
19) Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebenanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
20) Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1. Air Terjun Angel di Venezuela adalah paling tinggi di dunia berukuran 479 meter. Air terjun itu sukar untuk dijejaki dan hanya dite...
-
1) Pasukan POLIS pertama di dunia ditubuhkan pada 1667 di Paris. 2) BELON UDARA panas yang pertama di cipta di Perancis pada 1783. 3) Keteba...