December 24, 2009

Manjakan diri di spa

Fakta spa :

* perkataan 'spa' adalah singkatan daripada perkataan 'solus per aqua' daripada bahasa Latin bererti penyembuhan dengan air yang diperkenalkan sejak 400 SM di Rom.

* Pada zaman itu, pancutan air panas semula jadi digunakan oleh tentera untuk merehatkan dan merawat badan selepas perang.

Memperuntukkan ruang masa dan sedikit wang untuk mengunjungi pusat rawatan spa sememangnya berbaloi. Di sini anda bukan sahaja dapat berehat sambil menenangkan fikiran tetapi segala ketegangan dapat dikurangkan.

Memanjakan diri di spa bukan sesuatu yang asing sebaliknya menjadikan sebahagian daripada gaya hidup terutama buat wanita berkerjaya.

Jika anda memilih untuk melakukan rawatan badan kebiasaannya ia akan bermula dengan melakukan mandi wap atau juga dikenali sebagai sauna. Perpeluhan semasa sauna dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan ia sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Lulur juga menjadi pilihan buat mereka yang berkunjung ke spa. Lulur akan membantu membuang kotoran, daki dan sel kulit mati pada badan dan ia bukan saja membersihkan badan tetapi juga dapat melembutkan kulit.

Mengurut bukan saja dapat membuang angin dalam badan tetapi membetulkan urat dan sekali gus melancarkan perjalanan darah dan menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.

Untuk menyegarkan badan, pelbagai pilihan mandian disediakan antaranya susu, bunga dan rempah. Pastinya wajah anda lebih ceria dan segar selepas berendam dalam tab mandian dalam tempoh tertentu.


*****************************************************************

1 comment: