December 24, 2009

Manjakan diri di spa

Fakta spa :

* perkataan 'spa' adalah singkatan daripada perkataan 'solus per aqua' daripada bahasa Latin bererti penyembuhan dengan air yang diperkenalkan sejak 400 SM di Rom.

* Pada zaman itu, pancutan air panas semula jadi digunakan oleh tentera untuk merehatkan dan merawat badan selepas perang.

Memperuntukkan ruang masa dan sedikit wang untuk mengunjungi pusat rawatan spa sememangnya berbaloi. Di sini anda bukan sahaja dapat berehat sambil menenangkan fikiran tetapi segala ketegangan dapat dikurangkan.

Memanjakan diri di spa bukan sesuatu yang asing sebaliknya menjadikan sebahagian daripada gaya hidup terutama buat wanita berkerjaya.

Jika anda memilih untuk melakukan rawatan badan kebiasaannya ia akan bermula dengan melakukan mandi wap atau juga dikenali sebagai sauna. Perpeluhan semasa sauna dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan ia sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Lulur juga menjadi pilihan buat mereka yang berkunjung ke spa. Lulur akan membantu membuang kotoran, daki dan sel kulit mati pada badan dan ia bukan saja membersihkan badan tetapi juga dapat melembutkan kulit.

Mengurut bukan saja dapat membuang angin dalam badan tetapi membetulkan urat dan sekali gus melancarkan perjalanan darah dan menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.

Untuk menyegarkan badan, pelbagai pilihan mandian disediakan antaranya susu, bunga dan rempah. Pastinya wajah anda lebih ceria dan segar selepas berendam dalam tab mandian dalam tempoh tertentu.


*****************************************************************

December 8, 2009

INFO MINDA 12

1) Berat BAU ialah kira-kira 760 nanograms.

2) LANDAK dewasa mempunyai kira-kira 30,000 duri di badannya yang tumbuh berganti setiap tahun.

3) SEL kulit manusia akan mati sebanayk 50 juta sehari, dalam tempoh empat tahun beratnya adalah sama dengan berat badan seorang individu.

4) LAUTAN akan menjadi gelap pada kedalaman 600 meter dari aras permukaan. Sebab itu tidak hairan ada haiwan mempunyai badan bercahaya untuk menarik mangsa atau pasangannya.

5) BULUH adalah sejenis rumput dan boleh memanjang hingga satu meter sehari.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

December 5, 2009

INFO MINDA 11

1) VESPA adalah antara motosikal klasik paling tua di dunia dan berada di pasaran sekitar 1940-an.

2) GAJAH mempunyai dera hidu yang hebat dan boleh mengesan kehadiran air yang terletak lima kilometer daripadanya.

3) HELANG memang burung istimewa dan hebat kerana haiwan itu mampu membawa seekor anak rusa terbang sebelum memakannya.

4) LEBAH adalah haiwan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Seekor ratu lebah mampu bertelur hingga 1,500 telur sehari.

5) MANUSIA memakai kaca mata sejak 700 tahun dulu.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@