May 26, 2010

INFO MINDA 14

1. Air Terjun Angel di Venezuela adalah paling tinggi di dunia berukuran 479 meter. Air terjun itu sukar untuk dijejaki dan hanya ditemui pada awal 1930-an.

2. Pada 1741 penjelajah dari Perancis, jean Godin mengembara dari hutan hujan Amazon ke Peru, meninggalkan isterinya, Isabela yang mengandung. Bagaimanapun Jean terperangkap dalam hutan itu dan mereka hanya bertemu kembali selepas 20 tahun. Isabela yang bosan menunggu suaminya menjelajah sendiri mencari suaminya.

3. MONA Lisa adalah lukisan paling masyhur di dunia. Ia dilukis Leonardo da Vinci pada 1506. Bagaimanapun ia menimbulkan misteri yang masih gagal dirungkai. Siapa wanita itu dan mengapa ia mempunyai senyuman yang pelik?

4. PABLO Picasso satu-satunya artis yang mempunyai kereta menggunakan namanya, Citroen Picasson.

5. Negara CHINA mempunyai 200 bahasa yang dituturkan rakyatnya. Namun, MANDARIN adalah bahasa rasmi, antara bahasa popular di dunia.

*************************************************************

March 15, 2010

Hadis : iLmu Asas KebaiKan

Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

February 17, 2010

Hadis : TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.”

(Riwayat Ibu Majah dan Abu Ya’La)

February 16, 2010

Hadis : FAEDAH MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Zaid dan Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

February 15, 2010

Hadis : Kewajipan menyampaikan ilmu

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “sampaikanlah daripada ku walaupun satu ‘ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.”

(Riwayat al-Bukhari)

February 14, 2010

Hadis : Balasan Mengkhianati Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersadba : "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

February 13, 2010

Hadis : Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: 'Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau': melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)